Islamic Hybrid Instrument 3
Mulai Disember 2006, Singgahsana Emas Sdn Bhd telah memperkenalkan satu lagi bentuk perkongsian niaga yang dikenali sebagai Islamic Hybrid Instrument 3 atau IHI 3. Tujuan utamanya ialah menyediakan kepelbagaian peluang penjanaan pulangan kepada para pelaburnya.
IHI 3 pada umumnya terbahagi kepada 2 kategori iaitu pilihan 1 dan pilihan 2. Pilihan 1 merupakan skim perkongsian yang memberi pulangan yang diunjurkan sebanyak 10.00% setahun dalam bentuk tambatan Ringgit Malaysia. Manakala pilihan 2 pula memberi pulangan sejumlah yang diunjurkan sebanyak 12.625% setahun dalam bentuk apungan dinar emas. Modal minimum bagi kedua-dua skim ini adalah 150 dinar untuk tempoh setahun sahaja dan pembayaran keuntungan akan dibayar setiap 3 bulan sekali. Walau bagaimanapun, skim ini boleh diperbaharui dari semasa ke semasa tertakluk kepada tema dan syarat yang ditetapkan.
Dana yang diperolehi akan ditukarbentuk kepada dinar emas berdasarkan nilai semasa. Jumlah perolehan dinar emas ini akan digunakan sebagai modal perkongsian niaga bagi menjana keuntungan. Dana tersebut digunakan untuk aktiviti penempaan pelbagai denominasi syiling dinar emas, penempaan barang kemas serta barang-barang perhiasan yang berasaskan emas. Perkongsian niaga IHI 3 ini sangat bersesuaian bagi mereka yang menggemari pulangan pelaburan jangka pendek dan sederhana.

![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)

0 comments:
Post a Comment