Wednesday, January 3, 2007

Qirad-Islamic Hybrid Instrument (IHI)

Islamic Hybrid Instrument (IHI) merupakan satu produk terkini yang diperkenalkan oleh E-Qirad Sdn Bhd. Pelancaran produk IHI ini adalah sebagai gantian kepada pelaburan Qirad 3 dan 4 yang telah melabuhkan tirainya pada tanggal 18 Mei 2005.

Pengenalan Islamic Hybrid Instrument (IHI) ini berikutan pengurusan E-Qirad mengorak langkah untuk mempelbagaikan lagi produknya yang berasaskan emas. Produk IHI lebih menjurus ke arah kepelbagaian pilihan berasaskan emas seperti rantai, gelang, anting-anting, kerongsang, cincin serta lain-lain bentuk barang kemas khususnya bagi golongan wanita.

Walau bagaimanapun jangka masa pelaburan bagi IHI yang terbahagi kepada 2 kategori ini. Kategori pertama ialah pilihan 1 yang menawarkan pulangan bulanan dalam bentuk Ringgit Malaysia menerusi cek. IHI pilihan 1 menawarkan kontrak selama 24 bulan atau 36 bulan. Para pelabur boleh memilih pakej yang bersesuaian mengikut keperluan. Pulangan yang diperolehi yang diunjurkan adalah 8% untuk 12 bulan pertama, 8.5% 12 bulan kedua dan 9% 12 bulan ketiga dan seterusnya. Kelebihan IHI pilihan 1 ini adalah proses pembelian dinar tidak tertakluk kepada kadar belian dan jualan semasa. Pelaburan kategori ini adalah bersesuaian bagi pelabur yang mengemari pelaburan yang berisiko rendah.

Manakala bagi pelaburan IHI pilihan 2 pula menawarkan kontrak untuk tempoh masa 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan. Ini bermaksud pelabur boleh memilih mana-mana tempoh tersebut untuk membuat pelaburan IHI mengikut kesesuaian serta kemampuan para pelabur. IHI pilihan 2 ini mempunyai sedikit kelebihan berbanding IHI pilihan 1. Ini kerana formula pengiraannya terdapat sedikit keunikan yang berasaskan jumlah minimum 100 dinar. Seandainya pelabur membuat pelaburan untuk 3 tahun sekaligus, berikut adalah contoh pengiraannya. Pada bulan ke 12, 10% dari dana asas akan dikembalikan kepada pelabur menerusi akaun dinar serta 11% pulangan berasaskan 100 dinar turut diberikan walaupun pada hakikatnya hanya 90 dinar masih diurusniagakan pengurus dana. Pada bulan ke 24 pula sebanyak 20% lagi dipulangkan kepada pelabur. Ini bermakna 30 dinar sudah dikembalikan dan 70 dinar lagi diperniagakan oleh pengurus dana. Dividen tahunan diunjurkan sebanyak 11% masih diberikan pada kadar kiraan dana asas manakala pada bulan ke 36, 11% lagi pulangan tahunan turut diperolehi dari jumlah 100 dinar. Begitulah modus operandi penjanaan keuntungan pelaburan IHI pilihan 1 dan 2. Walau bagaimanapun, pulangan tahunan yang diperolehi akan diagihkan terlebih dahulu secara bulanan dalam bentuk RM (pilihan 1) manakala IGD (pilihan 2) mengikut jenis pelaburan yang dibuat oleh para pelabur.
Sekiranya dibuat perbandingan di antara IHI pilihan 1 dan 2, IHI pilihan 2 adalah lebih bersesuaian jika pelabur berminat untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 tahun. Ini kerana dalam tempoh tersebut adalah dijangkakan pasaran emas antarabangsa akan mengalami peningkatan nilai dan stabil. Adalah perlu diingatkan bahawa pasaran emas mempunyai ‘trend market’ yang tersendiri berbanding komoditi lain. Dengan kata lain, ia tidak mudah digugar oleh sentuhan manipulasi serta spekulasi di samping pelabur dapat menikmati pelbagai kelebihan serta faedah seperti dalam modus operandi pelaburan IHI.

0 comments: