Qirad (lanjutan...)
Qirad merupakan satu sistem perkongsian modal bersama dalam perdagangan. Pemodal adalah pemberi modal (Rabb al Mal) manakala pedagang adalah pengurus agen peryertaan(Amil) atau Mudharib. Kebiasaannya Amil adalah E-Qirad Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat IGD Practice Sdn. Bhd.
Jangkaan sumbangan oleh rakan-rakan dalam Qirad adalah seperti berikut :
· 100% daripada modal adalah Rabb al Mal.
· Kepakaran dan pengurusan daripada perdagangan disediakan oleh Amil(Pedagang).
Qirad adalah kontrak pemodal dan pedagang. Ia menyediakan pengiktirafan benar bagi kerja sebagai modal. Dalam kontrak Qirad, pemodal tidak terlibat dengan pengurusan perdagangan. Segala fungsi pengurusan menjadi hak kepentingan pedagang.
Amil bekerja bersama modal yang diberi kepercayaan dan tanpa melengahkan masa dalam menyiapkan pulangan perdagangan untuk pemodal yang sebelum ini mereka telah bersetuju tentang perkongsian keuntungan. Sebarang kerugian atas sebab darurat atau daripada kegagalan kerjasama perniagaan adalah ditanggung oleh Rabb al Mal atau Amil.
‘The Amil is in no way liable for the loss of this nature, losing only his expended time and effort’ -2
“Amil tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian perdagangan melainkan masa dan usaha.”
‘Allowable capital are only gold and silver and never permitted in any kind of wares or articles’ -3
“Modal hanya dalam emas dan perak sahaja. Ia tidak dibenarkan dalam bentuk barangan atau artikel”
Keuntungan dikongsi mengikut perkongsian peratusan keuntungan manakala kerugian ditanggung oleh Rabb al Mal. Walaubagaimanapun kerugian mestilah tidak disebabkan oleh kecuaian, kesilapan pengurusan atau penyelewengan oleh pihak Amil. Jika tidak pihak Amil bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut.
- 3 * Sumber daripada : Al Muwatta’ of Imam Malik
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)

0 comments:
Post a Comment